BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 14 August 2011

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


3) MELAKUKAN SENAMAN ATAU AKTIVITI FIZIKAL
      
     Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah.  Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.  Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana “otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas”. 





4) MENJAGA KEBERSIHAN


Layar dikibar tanda bersedia,
     Membelah lautan bersama bahtera,
Menjaga kebersihan amalan mulia,
     Menjamin gaya hidup sihat dan sejahtera.

 
Mari membilang dua dan tiga,
     Sambil menyanyi sebuah lagu,
Jika kebersihan sering dijaga,
     Penyakit tidak datang mengganggu.


Jabatkan tangan berterima kasih,
     Semoga dapat bersua muka,
Kalau diri sentiasa bersih,
     Ramai kawan orang pun suka.

 
Menaiki bas hendaklah beratur,
     Untuk menjaga keselamatan diri,
Badan berbau pakaian pun kotor,
     Orang membenci kawan pun lari.
 

Cantik sungguh berbaju kemeja,
     Dipakai pula semasa berkhemah,
Kekalkan kebersihan di mana sahaja,
     Baik di rumah atau di sekolah.




5)MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN
     

    Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah “sudah terhantuk baru nak tengadah”. 






UJIAN SARINGAN:
    
     Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan. Sebagai contoh, sekiranya jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung.
     Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:
  • Kegemukan (Obesiti)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Paras kolesterol dalam darah
  • Kanser payudara
  • Kanser pangkal rahim   
Mengapakah harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?
     Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian. Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar. Kanser payudara dan kanser pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal. Ia adalah jenis kanser utama dikalangan kaum wanita di Malaysia.


Bilakah  perlu membuat ujian saringan?

Ujian
20 – 34 tahun
35 -59 tahun
Berat dan tinggi untuk IJB
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Tekanan darah
Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Paras gula dalam darah
Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada kencing manis
Pemeriksaan rambang untuk gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 tahun sekali untuk < 40 tahun dan setahun sekali untuk > 40 tahun.
Paras kolesterol dalam darah
Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi dalam darah
Ujian kolesterol dalam darah sekurang-kurangnya 5 kali setahun
Pemeriksaan sendiri payudara
Setiap bulan
Setiap bulan


3 comments:

Unknown said...

Good job your information about life.����

Unknown said...

Tq.Sgt bermanfaat

zanthgadbury said...

MEGA DRIVE VEGAS - Dr. MCD
MEGA DRIVE VEGAS 보령 출장샵 is an 경상북도 출장마사지 electronic music video game on the Megadrive console. · A. A. A. 삼척 출장샵 A. 제주 출장안마 A. A. A. A. 춘천 출장안마 A. B.