BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 21 August 2011

KESIMPULAN



      KESIMPULAN

MEWUJUDKAN SUASANA SIHAT DALAM KELUARGA :
Ø Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buahan, sayuran dan  bijirin) untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu tertentu.
Ø Makan bersama keluarga di meja dan pada masa yang ditetapkan.
Ø Elakkan makan dengan tergesa-gesa kerana masalah pencernaan.
Ø Elakkan daripada melakukan aktiviti lain semasa makan seperti menonton TV.
Ø Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.
Ø Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti buahan, sayuran dan dadih.
Ø Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak.
Ø Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar.
Ø Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu.
Ø Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda.
     
     Kesimpulannya, setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup yang tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna, dan ada pula di sebaliknya. Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat, dan kurang sihat pada pandangan kita.

   Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa “mencegah lebih baik daripada mengubatinya”.
      
     Sesungguhnya terdapat banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian untuk hidup dalam keadaan yang sihat. Hampir kesemua perkara tersebut berpunca daripada diri kita sendiri. Kita adalah orang yang bertanggung jawab menentukan gaya hidup kita dan bukannya orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.
     
     Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan itu patut memberi kegembiraan kepada anda. Kesihatan ditentukan berdasarkan gayahidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.
     
      Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang “berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”.
 




0 comments: