BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 14 August 2011

LANGKAH KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT


1)      MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG DAN BERKHASIAT


     Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana “mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya”. 




 KARBOHIDRAT 
-   Menjadi sumber tenaga
- Badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya jika kekurangan karbohidrat
-    Obesiti akan berlaku jika berlebihan karbohidrat

 
 VITAMIN
    -     Vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dalam  jumlah yang kecil
    - Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit
   -  Vitamin membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak pada badan kita


MINERAL
     - Mineral adalah bahan bukan organik yang diperlukan oleh badan kita dalam kuantiti yang kecil
     -    Mineral diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita

PROTEIN    
      -    Protein berfungsi untuk tumbesaran dan pembaikan tisu yang rosak
     -   Penyakit marasmus dan kwashiorkor akan dihidapi oleh mereka yang kekurangan protein
      -     Protein akan ditukar kepada karbohidrat atau lemak jika berlebihan

LEMAK
     -   Lemak merupakan sumber tenaga untuk memanaskan badan kita
     -    Badan kita akan kurus jika kekurangan lemak
     -     Penyakit obesiti akan dihidapi jika mengambil lemak secara berlebihan 

      

2) REHAT YANG CUKUP
         
      Rehat bererti tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contoh rehat adalah pada waktu rehat di sekolah atau waktu rehat bagi orang yang bekerja di pejabat. Waktu rehat boleh digunakan untuk menghilangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga.

CARA-CARA REHAT:
a)   Melakukan aktiviti ringan seperti membaca atau bermain sesuatu permainan yang diminati
b)   Mendengar muzik
c)   Membaca majalah
d)   Bersiar-siar

FAEDAH REHAT:
                 i.        Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan
               ii.        Dapa menenangkan fikiran
              iii.        Menghilangkan kepenatan
              iv.        Memulihkan kembali tenaga yang hilang semasa bekerja


   

0 comments: