BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 20 August 2011

GAYA HIDUP TIDAK SIHAT


GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
                    

Amalan tidak bersarapan pagi

     Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan pagi. Mereka meninggalkan sarapan pagi dengan pelbagai alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi. Namun begitu, kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kita.Sarapan merupakan makanan untuk otak. Otak kita akan menjadi lebih cergas, peka, dan fokus dengan bersarapan secara tetap. Seterusnya, secara tidak langsung mendatangkan pengaruh yang positif kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka.Individu yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukosa dan mikro nutrient dalam otak.




Penyalahgunaan dadah
 
     Bilangan penagih dadah telah semakin bertambah pada masa ini. Dadah mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan. Malah dadah telah disalahgunakan oleh masyarakat. Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan ialah morfin, heroin, kokain, ganja dan amfetamia. Penyalahgunakan dadah yang berterusan akan menjejaskan kesihatan mental seseorang. Berat badan seseorang yang menyalahgunakan dadah secara berterusan akan semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan. Selain itu, mata sering berair dan kelihatan merah. Saiz mata berbeza sama ada lebih besar ataupun lebih kecil daripada keadaan normal.





Ketagihan alkohol
       Pengambilan sedikit alkohol dapat menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkohol dan seterusnya boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol akan menjejaskan kesihatan seseorang. Kesan kepada ketagihan alkohol ialah alkohol akan merosakkan tindak balas refleks mental, fizikal dan organ hati. Masalah jantung dan tekanan darah akan terjadi akibat ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol juga akan menyebabkan penyakit kongenital dan sindrom otak organik.







0 comments: