BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 19 August 2011

GAYA HIDUP KURANG AKTIF


Gaya Hidup yang kurang aktif.

      Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif. Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

      Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. “Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?” Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

        

     Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

     Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

 Berapa ramai antara kita yang memulakan hari dengan bersenam?

      Biasanya kita akan memulakan hari dengan menekan pelbagai butang peralatan elektrik yang membantu memudahkan kehidupan seharian.

Contoh paling ketara ialah kita menekan butang mesin basuh, butang pemanas air dan butang ketuhar gelombang mikro untuk menyediakan minuman dan sarapan pagi.

Bagi yang bekerja, perjalanan beberapa kilometer ke pejabat tidak memerlukan mereka memerah keringat kerana apa yang perlu dilakukan hanyalah menghidupkan enjin kereta dan menekan minyak untuk memulakan perjalanan.

Ia tidak seperti zaman sebelum merdeka yang mana basikal menjadi "penggerak" utama.

Setelah sampai, mereka tidak akan "memanjat" tangga walaupun hanya untuk naik ke pejabat di tingkat satu kerana telah tersedia lif yang setia menunggu untuk membawa mereka ke tingkat yang dituju.

Ini adalah sebahagian daripada kehidupan serba moden rakyat Malaysia yang telah menjadikan mereka kurang menggunakan tulang empat kerat dan memerah tenaga untuk melakukan sesuatu, yang sebenarnya juga berfungsi sebagai senaman untuk otot dan organ mereka.

Gaya hidup moden ini sebenarnya duri dalam daging!

0 comments: