BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 17 August 2011

PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN


“TAK NAK MEROKOK”

      Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
·         Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
·         Yakinkan diri
·         Buat nota peringatan
·         Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
·         Tumpukan pada hari ini
·         Sentiada berfikiran positif
·         Dapatkan sokongan
·         Lawan keinginan untuk merokok
·         Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
·         Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Petua 10 M untuk berhenti merokok:
·         Melengahkan-lengah
·         Minum banyak air
·         Menarik nafas panjang
·         Membuat sesuatu
·         Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
·         Mengunyah sesuatu
·         Membasuh tangan
·         Mandi dengan kerap
·         Melakukan senaman regangan
·         Memohon doa 



TANGANI STRES

     Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
          
        Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
·         Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
·         Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
·         Kenal pasti kenapa anda marah
·         Cuba dengar penjelasan orang lain
·         Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
·         Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
·         Berfikir secara positif
·         Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
·         Belajar menyukai diri sendiri
·         Belajar bertenang
·         Adakan hobi
·         Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
·         Dapatkan tidur yang cukup
·         Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
·         Bersifat tegas/asertif
·         Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda



0 comments: